Sign up Caltex Rewards to enjoy great rewards and more! Learn more >
Turn each journey to a rewarding one with Caltex Rewards!
Click here for English Version
1.1 Notis ini terpakai bagi Chevron Malaysia Limited dan anak syarikatnya termasuk Chevron (Malaysia) Sdn Bhd (secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Chevron").
2.1 Chevron mengumpul data peribadi untuk menjalankan perniagaannya, untuk menyediakan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan dan untuk memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang. Chevron adalah terikat oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Notis ini menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi - iaitu, maklumat atau pendapat yang berkaitan dengan seseorang individu yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut. Tujuannya adalah untuk menjelaskan, secara umum, jenis data peribadi yang dipegang oleh Chevron dan sebab kami memegangnya, dan cara bagaimana Chevron mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat tersebut. Dalam Notis ini, di mana kami merujuk kepada "anda", kami merujuk secara khusus kepada orang-orang secara individu dan bukannya entiti-entiti lain seperti perkongsian, pertubuhan amanah dan syarikat-syarikat.
3.1 Selain daripada data peribadi yang dikumpulkan daripada anda secara langsung, Chevron juga mengumpul data peribadi melalui sumber-sumber berikut:- (a) Dalam konteks penggajian, termasuk pra-penggajian
(b) Pelanggan-pelanggan komersial, Pelanggan StarCard dan Pelanggan secara umum
(c) Pembekal, Vendor dan Pembekal Perkhidmatan
(d) Lain-lain : Ahli-ahli Media, Pembeli Hartanah & Aset
4.1 Data peribadi yang Chevron mungkin mengumpul mengenai anda bergantung kepada hubungan anda dengan Chevron. Berikut adalah beberapa contoh jenis data peribadi yang Chevron mungkin mengumpul daripada individu:
(a) Dalam konteks penggajian:
i) Pra -penggajian
(ii) Penggajian
(b) Pelanggan-pelanggan komersial
(c) Pelanggan StarCard
(d) Pelanggan secara umum
(e) Pembekal, Vendor dan Pembekal Perkhidmatan
(f) Lain-lain: Ahli-ahli Media, Pembeli Hartanah & Aset, Pemilik Hartanah atau Penghuni
5.1 Secara am, dalam kebanyakan kes, penyediaan data peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Chevron data peribadi anda, Chevron tidak akan dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan yang dinyatakan dalam Notis ini, dan seterusnya tidak akan dapat membekalkan anda perkhidmatan dan produk yang anda minta. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu penyediaan data peribadi anda mungkin wajib, seperti yang dinyatakan di bawah.
5.2 Dalam konteks penggajian: Di mana anda telah diterima untuk penggajian dengan Chevron, penyediaan data peribadi anda kepada Chevron adalah wajib untuk Tujuan yang dinyatakan di bawah, dan kegagalan penyediaan maklumat tersebut boleh mengakibatkan ketidakpatuhan undang-undang dan Chevron tidak dapat memberikan anda manfaat yang datang dengan penggajian anda. Di mana ahli keluarga anda dilindungi di bawah skim perubatan Chevron, penyediaan data peribadi ahli keluarga anda adalah wajib. Kegagalan menyediakan maklumat ahli keluarga anda untuk tujuan ini akan menyebabkan ahli keluarga anda tidak dapat menikmati faedah perubatan yang ditawarkan di bawah skim perubatan Chevron.
5.3 Vendor, Pembekal atau Pembekal Perkhidmatan: Penyediaan data peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk menyediakan data peribadi anda mungkin mengakibatkan pelanggaran undang-undang atau keperluan kawal selia, dan mungkin menyebabkan Chevron tidak dapat melibatkan anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang disediakan.
6.1 Tertakluk kepada pengecualian tertentu (contohnya, pendedahan data peribadi apabila dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang), Chevron hanya akan menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda untuk:
(a) tujuan utama ia dikumpul; atau (b) tujuan yang berkaitan, di mana anda semunasabahnya menjangkakan bahawa ia digunakan dan/atau didedahkan tanpa kebenaran lanjut anda.
6.2 Secara am, Chevron akan menggunakan data peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti Chevron, dan bagi tujuan yang berkaitan dengan mana-mana kontrak atau perjanjian yang anda ada dengan Chevron yang mungkin termasuk, tanpa had, yang berikut ("Tujuan"):-
(a) Dalam konteks penggajian
(i) Pra-penggajian
(b) Pelanggan-pelanggan Komersil
(d) Pembekal , Vendor dan Pembekal Perkhidmatan
(e) Am (terpakai kepada semua)
6.3 Anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada Chevron untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini. Chevron juga mungkin menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan untuk mematuhi keperluan undang-undang terpakai termasuk undang-undang yang berhubung dengan keterangan, dan kebenaran anda untuk tujuan tersebut masih sah selepas penamatan hubungan kami dengan anda.
7.1 Satu tujuan berkaitan di mana Chevron mengumpul data peribadi anda mungkin bagi tujuan pemasaran. Walau bagaimanapun, jika ia bukan sedemikian, Chevron berhak menggunakan data peribadi anda untuk usaha-usaha pemasaran atau promosi jika anda telah bersetuju untuk menerima bahan tersebut.
7.2 Di mana anda telah memberi persetujuan anda, Chevron boleh menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan pemasaran dan promosi seperti ("Tujuan Pemasaran"):
7.3 Jika anda tidak bersetuju (atau jika anda ingin menarik balik persetujuan yang telah diberi oleh anda) kepada Chevron untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan Pemasaran sila hubungi Penyelaras Pematuhan Chevron menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. Chevron tidak akan mengenakan caj kepada anda atau dalam apa-apa cara merugikan anda jika anda membuat pilihan untuk memilih keluar daripada Tujuan Pemasaran.
8.1 Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan atau untuk Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, Chevron mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak Chevron, dan seterusnya boleh memberikan akses atau mendedahkan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut.
8.2 Pihak ketiga biasanya tergolong dalam kategori berikut:
8.3 Chevron juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pelbagai jabatan dalam Chevron, dengan ibu pejabat Chevron di Amerika Syarikat dan dengan pejabat-pejabat serantau Chevron yang terletak di seluruh dunia.
9.1 Chevron secara umumnya hanya akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda sekiranya pendedahan tersebut perlu bagi tujuan di mana maklumat tersebut dikumpul. Disenaraikan di bawah adalah beberapa contoh di mana ia adalah perlu bagi Chevron mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga:
(b) Secara am dan dalam konteks komersial:
10.1 Data peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia seperti kepada ibu pejabat Chevron yang terletak di Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan yang terletak di seluruh dunia dan kepada pusat-pusat data serantau Chevron, pelayan kredit dan perkhidmatan perkongsian yang terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan data peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.
11.1 Jika anda ingin mengakses data peribadi anda yang dipegang oleh Chevron, sila membuat permintaan anda secara bertulis dan dengan jelas mengenal pasti data peribadi yang anda ingin akses. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat tersebut boleh didapatkan dengan cepat dan jimat kos. Semua permohonan untuk akses hendaklah dialamatkan kepada Penyelaras Pematuhan (lihat butiran hubungan di bawah).
11.2 Bergantung pada keadaan, Chevron berhak untuk mengenakan anda bayaran pentadbiran yang munasabah, dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang undang. Sebagai contoh, kos pentadbiran yang munasabah Chevron mungkin termasuk:
11.3 Dalam keadaan tertentu yang dibenarkan di bawah undang-undang, Chevron mungkin tidak melepaskan data peribadi tersebut, seperti di mana penyediaan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada anda atau kepada privasi orang lain.
12.1 Chevron akan mengambil langkah yang munasabah untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat. Anda seharusnya menghubungi Chevron jika data peribadi anda berubah. Jika Chevron percaya bahawa ia tidak sesuai untuk memadam atau mengubah maklumat asal, Chevron akan berbincang dengan anda cara-cara alternatif untuk membetulkan maklumat yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak.
13.1 Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan kepada Chevron mengenai pemprosesan data peribadi anda, sila berikan butiran penuh aduan anda secara bertulis dan hantar ke Penyelaras Pematuhan (lihat butiran hubungan di bawah).
14.1 Chevron mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi Chevron dari semasa ke semasa untuk mengambil kira undang-undang dan teknologi terkini, perubahan kepada operasi dan amalan Chevron, dan perubahan persekitaran perniagaan. Versi terkini Notis ini akan terletak di intranet untuk kakitangan dan di http://www.caltex.com.my untuk pengguna luaran atau salinan boleh didapati dengan menghubungi Penyelaras Pematuhan. Chevron mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di http://www.caltex.com.my. Dengan terus berkomunikasi dengan Chevron, dengan terus menggunakan perkhidmatan Chevron, membeli produk daripada Chevron atau melalui penglibatan berterusan anda dengan Chevron berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan.
14.2 Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
15.1 Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai pendekatan Chevron kepada privasi atau bagaimana Chevron mengendalikan data peribadi anda, anda boleh menulis kepada:
Chevron Malaysia Limited
Telefon: 603 2289 6688
E-mel: privacy@chevron.com
Faks: 603 2289 6608
15.2 Anda mengakui bahawa penarikan balik persetujuan anda mungkin dalam sesetengah keadaan menyebabkan penamatan hubungan anda dengan Chevron dan bahawa Chevron masih mungkin mengekalkan hak undang-undang untuk memproses data peribadi anda berikutan penarikan balik persetujuan anda.
16.1 Chevron tidak secara sedar mengumpul data peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan individu bawah umur di bawah jagaan anda mengemukakan data peribadi kepada Chevron. Sekiranya data peribadi tersebut diberikan kepada Chevron, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi individu bawah umur tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.
16.2 Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan sedemikian anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada Chevron dan anda telah mendapat persetujuan mereka supaya data peribadi mereka diproses dan digunakan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
17.1 Anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan memberi persetujuan anda kepada pemprosesan data peribadi anda oleh Chevron seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis ini, sila hubungi Chevron menggunakan butiran hubungan di atas.