Data Privacy Notice - Bahasa

Caltex Malaysia Data Privasi Notis

Click here for English Version

1.  Siapakah kami dan bagaimanakah Notis ini terpakai?

1.1  Notis ini terpakai bagi Chevron Malaysia Limited dan syarikat-syarikat bersekutu berikut:
(a) Semai Sinar Sdn Bhd
(b) Murni Bistari Sdn Bhd
(c) Chevron (Malaysia) Sdn Bhd
(d) Prime Petroleum Management Sdn Bhd
(e) Pentastar Corporation Sdn Bhd
(secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Chevron").

2.  Apakah tujuan Notis ini?

2.1  Chevron mengumpul data peribadi untuk menjalankan perniagaannya, untuk menyediakan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan dan untuk memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang. Chevron adalah terikat oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.  Notis ini menjawab  perkara-perkara yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi - iaitu, maklumat atau pendapat yang berkaitan dengan seseorang individu yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut. Tujuannya adalah untuk menjelaskan, secara umum, jenis data peribadi yang dipegang oleh Chevron dan sebab kami memegangnya, dan cara bagaimana Chevron mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat tersebut. Dalam Notis ini, di mana kami merujuk kepada "anda", kami merujuk secara khusus kepada orang-orang secara individu dan bukannya entiti-entiti lain seperti perkongsian, pertubuhan amanah dan syarikat-syarikat.

3.  Sumber-sumber di mana Chevron mengumpul data peribadi

3.1  Selain daripada data peribadi yang dikumpulkan daripada anda secara langsung, Chevron juga mengumpul data peribadi melalui sumber-sumber berikut:-

(a) Dalam konteks penggajian, termasuk pra-penggajian

  • melalui borang salinan cetak atau melalui borang yang disediakan pada laman web Chevron;
  • laman web intranet (untuk kakitangan);
  • dalam mesyuarat bersemuka dan dalam temuduga;
  • daripada pihak ketiga, seperti daripada perujuk-perujuk dan agensi-agensi pengambilan pekerjaan.

(b) Pelanggan-pelanggan komersial, Pelanggan StarCard dan Pelanggan secara umum

  • daripada borang salinan cetak, seperti borang permohonan, borang pendaftaran, borang pesanan pembelian dan lain-lain;
  • melalui borang yang disediakan pada laman web Chevron;
  • dalam mesyuarat bersemuka;
  • daripada pihak ketiga, seperti agensi pelaporan kredit, dan pembekal kad kesetiaan seperti BCard;
  • daripada agensi-agensi media, agensi-agensi perhubungan awam dan rakan-rakan 
  • pelaburan sosial (seperti pertubuhan bukan kerajaan). 

(c)  Pembekal, Vendor dan Pembekal Perkhidmatan

  • daripada borang permohonan salinan cetak;
  • melalui borang-borang yang disediakan pada laman web Chevron;
  • dalam mesyuarat bersemuka dan temuduga;
  • daripada pihak ketiga, seperti agensi pelaporan kredit;
  • daripada agensi-agensi perhubungan awam dan rakan-rakan pelaburan sosial (seperti pertubuhan bukan kerajaan).

(d) Lain-lain : Ahli-ahli Media, Pembeli Hartanah & Aset

  • daripada agensi-agensi perhubungan awam dan rakan-rakan pelaburan sosial (seperti pertubuhan bukan kerajaan);
  • daripada ejen-ejen hartanah (jika anda seorang pembeli hartanah & aset);
  • daripada agensi-agensi perhubungan awam dan rakan-rakan pelaburan sosial (seperti pertubuhan bukan kerajaan).

4. Apakah maklumat yang dikumpul oleh Chevron?

4.1  Data peribadi yang Chevron mungkin mengumpul mengenai anda bergantung kepada hubungan anda dengan Chevron. Berikut adalah beberapa contoh jenis data peribadi yang Chevron mungkin mengumpul daripada individu:

(a)  Dalam konteks penggajian:

i)  Pra -penggajian

  • butiran borang permohonan - nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon (talian tetap dan mudah alih), jantina, alamat, alamat e-mel, gaji terakhir, tarikh lahir dan juga etnik dan agama (opsyenal);
  • butiran resume - yang biasanya termasuk butir-butir seperti nama anda, alamat, nombor-nombor telefon, kelayakan akademik, sejarah pekerjaan, dan perujuk-perujuk;
  • pemeriksaan rujukan;
  • data perubatan, seperti butiran yang berkaitan dengan kesihatan anda dan butiran yang diberikan dalam dokumentasi kelulusan perubatan; dan
  • pemeriksaan rekod jenayah.

(ii)  Penggajian

  • butiran borang permohonan pekerjaan - nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon (talian tetap dan mudah alih), jantina, alamat, alamat e-mel, tarikh lahir, etnik dan kepercayaan agama;
  • data perubatan, seperti butiran yang berkaitan dengan kesihatan anda;
  • butiran akaun bank (untuk tujuan pembayaran gaji/upah);
  • butiran nombor fail cukai, nombor rujukan fail SOCSO dan KWSP dan nombor cukai pendapatan;
  • data peribadi suami atau isteri atau tanggungan anda; dan
  • butiran apa-apa rekod jenayah.

(b)  Pelanggan-pelanggan komersial

  • butiran peribadi - termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, butiran yang berkaitan dengan syarikat yang menggaji anda, gambar anda, kewarganegaraan dan etnik;
  • butiran yang berhubungan dengan hak milik tanah, perancangan serta perjanjian penjualan dan pembelian (jika berkenaan);
  • butiran kewangan termasuk butiran perbankan, penyata akaun bank (jika berkenaan);
  • butiran yang terkandung dalam dokumen-dokumen syarikat atau pendaftaran perniagaan;
  • rujukan perdagangan dan semakan kredit.

(c)  Pelanggan StarCard

  • borang-borang permohonan - maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan butiran penggajian (jawatan, nama syarikat);
  • nombor akaun StarCard anda dan butiran;
  • butiran kewangan termasuk butiran akaun bank; dan
  • rujukan perdagangan dan semakan kredit.

 (d)  Pelanggan secara umum

  • pemantauan dan/atau rakaman interaksi dengan wakil-wakil perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan Chevron - perbualan pelanggan dan kakitangan di pusat panggilan Chevron boleh dipantau dan/atau direkod untuk latihan, penyimpanan rekod dan tujuan penyelesaian pertikaian. Pemanggil akan diberitahu pada peringkat awal jika pemantauan atau rakaman tersebut akan berlaku dan diberi pilihan untuk tidak membenarkan panggilan dirakam. Chevron mungkin, walaupun panggilan telefon tidak direkodkan, mengumpul data peribadi semasa panggilan telefon tersebut untuk membantu dengan pertanyaan anda.
  • pertandingan dan peraduan - Chevron mungkin menggunakan data peribadi yang dikumpul daripada pertandingan dan peraduan (contohnya, nama peserta dan alamat) untuk memasarkan produk tertentu kepada peserta-peserta. Di mana Chevron berhasrat untuk berbuat sedemikian, Chevron akan menasihati peserta tersebut dalam terma dan syarat pertandingan.

(e) Pembekal, Vendor dan Pembekal Perkhidmatan

  • butiran peribadi - termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan sebarang butiran lain yang disediakan dalam kad perniagaan;
  • butiran yang terkandung dalam dokumen syarikat atau pendaftaran perniagaan;
  • butiran kewangan termasuk butiran perbankan, penyata akaun bank (jika berkenaan); dan
  • rujukan perdagangan dan semakan kredit.

(f)  Lain-lain: Ahli-ahli Media, Pembeli Hartanah & Aset, Pemilik Hartanah atau Penghuni

  • fbagi pembeli hartanah & aset, butiran kewangan - termasuk nombor fail cukai dan butiran akaun bank;
  • butiran peribadi - termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel

5. Adakah ia wajib bagi anda untuk memberikan data peribadi anda? 

5.1  Secara am, dalam kebanyakan kes, penyediaan data peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Chevron data peribadi anda, Chevron tidak akan dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan yang dinyatakan dalam Notis ini, dan seterusnya tidak akan dapat membekalkan anda perkhidmatan dan produk yang anda minta. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu penyediaan data peribadi anda mungkin wajib, seperti yang dinyatakan di bawah.

5.2  Dalam konteks penggajian:
Di mana anda telah diterima untuk penggajian dengan Chevron, penyediaan data peribadi anda kepada Chevron adalah wajib untuk Tujuan yang dinyatakan di bawah, dan kegagalan penyediaan maklumat tersebut boleh mengakibatkan ketidakpatuhan undang-undang dan Chevron tidak dapat memberikan anda manfaat yang datang dengan penggajian anda. Di mana ahli keluarga anda dilindungi di bawah skim perubatan Chevron, penyediaan data peribadi ahli keluarga anda adalah wajib. Kegagalan menyediakan maklumat ahli keluarga anda untuk tujuan ini akan menyebabkan ahli keluarga anda tidak dapat menikmati faedah perubatan yang ditawarkan di bawah skim perubatan Chevron.

5.3  Vendor, Pembekal atau Pembekal Perkhidmatan:
Penyediaan data peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk menyediakan data peribadi anda mungkin mengakibatkan pelanggaran undang-undang atau keperluan kawal selia, dan mungkin menyebabkan Chevron tidak dapat melibatkan anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang disediakan.

6. Bagaimanakah Chevron menggunakan data peribadi anda?

6.1  Tertakluk kepada pengecualian tertentu (contohnya, pendedahan data peribadi apabila dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang), Chevron hanya akan menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda untuk:

(a) tujuan utama ia dikumpul; atau
(b) tujuan yang berkaitan, di mana anda semunasabahnya menjangkakan bahawa ia digunakan dan/atau didedahkan tanpa kebenaran lanjut anda.

6.2  Secara am, Chevron akan menggunakan data peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti Chevron, dan bagi tujuan yang berkaitan dengan mana-mana kontrak atau perjanjian yang anda ada dengan Chevron yang mungkin termasuk, tanpa had, yang berikut ("Tujuan"):-

(a) Dalam konteks penggajian

(i) Pra-penggajian

  • Untuk tujuan penilaian kesesuaian untuk penggajian, termasuk untuk penentuan kecergasan kesihatan pra-penggajian; dan
  • Untuk tujuan pentadbiran am dan penyimpanan rekod.

(ii) Penggajian

  • Untuk pembilangan pekerja dan perancangan dan pemprosesan gaji;
  • Untuk tujuan pemprosesan dan pentadbiran dana persaraan (jika berkenaan);
  • Untuk pembangunan tenaga kerja, latihan dan pensijilan;
  • Untuk perancangan perjalanan bagi tujuan perniagaan;
  • Untuk pengurusan prestasi;
  • Untuk mentadbir, meluluskan dan memantau manfaat dan hak pekerja, seperti perlindungan insurans dan manfaat perubatan;
  • Untuk pemberian subsidi atau pendahuluan (jika berkenaan) ;
  • Untuk memantau akses kepada tempat kerja, kemudahan dan sistem yang berkaitan;
  • Untuk penyiasatan dalaman dan tindakan atau prosiding undang-undang, termasuk semakan rujukan dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang.

(b) Pelanggan-pelanggan Komersil

  • Untuk tujuan memasuki kontrak dengan Chevron atau bagi anda yang ingin memasuki kontrak dengan Chevron;
  • Untuk menentukan kesesuaian produk dan perkhidmatan untuk anda;
  • Untuk menentukan kelayakan anda bagi produk dan perkhidmatan kami dan menawarkannya kepada anda;
  • Untuk memproses permohonan anda untuk akaun kredit atau tunai;
  • Di mana anda memohon kemudahan kredit, untuk memudahkan atau membolehkan penilaian kredit dan semakan risiko kredit sebagaimana yang dijalankan oleh Chevron yang mungkin berlaku dari semasa ke semasa;
  • Untuk membantu penguatkuasaan kewajipan kontrak anda dengan kami, antara lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa keingkaran dalam pembayaran wang yang terhutang kepada Chevron dan/atau untuk memastikan anda mengekalkan penilaian atau pendirian kredit yang baik dengan Chevron;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang terpakai dan untuk membantu mana-mana agensi kerajaan atau biro atau badan-badan termasuk untuk tujuan penyiasatan polis atau kawal selia;
  • Di mana anda merupakan pengguna Chevron Business Point (CBP), untuk tujuan pendaftaran sebagai pengguna CBP, untuk tujuan penyimpanan senarai kehadiran latihan, dan untuk mengeluarkan lencana penerimaan pukal (bulk receiving badges);
  • Untuk mendaftarkan anda atau syarikat anda sebagai rakan kongsi perniagaan Chevron;
  • Untuk membantu anda untuk mematuhi keperluan undang-undang terpakai, termasuk bantuan dalam mendapatkan lesen-lesen dan kelulusan kerajaan yang berkaitan;
  • Untuk memproses sebarang insentif yang diberikan kepada anda, seperti percutian, di bawah program insentif yang dikendalikan oleh Chevron;
  • Untuk menghubungi anda atau syarikat anda.

(c) Pelanggan StarCard

  • Untuk memproses, mengesahkan dan menguruskan permohonan anda untuk keahlian;
  • Untuk memberi anda faedah yang ditawarkan kepada ahli-ahli;
  • Untuk memproses penggantian kad hilang atau pengeluaran kad tambahan;
  • Untuk menyediakan anda dengan produk yang dipesan oleh anda atau produk dan perkhidmatan lain yang diminta oleh anda serta sokongan perkhidmatan;
  • Untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, peraduan, promosi, kaji selidik atau tinjauan yang dianjurkan oleh Chevron;
  • Untuk menghubungi anda jika anda diisytiharkan pemenang;
  • Bagi penerbitan testimoni anda berhubung dengan aktiviti-aktiviti, acara atau peraduan yang dikendalikan oleh Chevron;
  • Untuk membangun, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
  • Untuk memproses pertukaran atau pemulangan produk.

(d) Pembekal , Vendor dan Pembekal Perkhidmatan

  • Bagi tujuan melibatkan anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;
  • Untuk memudahkan atau membolehkan mana-mana semakan yang dikehendaki oleh Chevron untuk tujuan melibatkan anda;
  • Untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh anda;
  • Untuk menghubungi anda atau syarikat anda.

(e) Am (terpakai kepada semua)

  • Untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda bagi mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini dan untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan Chevron;
  • Di mana anda telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam mana-mana acara, aktiviti, peraduan, promosi, kaji selidik, tinjauan atau mana-mana aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Chevron (seperti Program Fuel Your School), untuk memproses penyertaan anda dan jika berkenaan, untuk menghubungi anda jika anda diisytiharkan pemenang sebarang peraduan;
  • Untuk tujuan pentadbiran dalaman, seperti tujuan penyimpanan rekod, audit, analisis data, rekod pangkalan data;
  • Untuk tujuan pengurusan risiko dan keselamatan dan untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
  • Untuk kelulusan kawal selia dan pematuhan dengan undang-undang dan mana-mana pindaan yang berkuatkuasa;
  • Untuk meneruskan atau membela tuntutan undang-undang bagi pihak Chevron, kakitangannya, sekutu-sekutunya, dan ejen-ejennya; dan
  • Untuk apa-apa tujuan lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang.

6.3  Anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada Chevron untuk menggunakan dan memproses data peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini. Chevron juga mungkin menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan untuk mematuhi keperluan undang-undang terpakai  termasuk undang-undang yang berhubung dengan keterangan, dan kebenaran anda untuk tujuan tersebut masih sah selepas penamatan hubungan kami dengan anda.

7. Adakah Chevron akan menghantar bahan pemasaran dan apakah anda boleh lakukan untuk memberhentikannya?

7.1 Satu tujuan berkaitan di mana Chevron mengumpul data peribadi anda mungkin bagi tujuan pemasaran. Walau bagaimanapun, jika ia bukan sedemikian, Chevron berhak menggunakan data peribadi anda untuk usaha-usaha pemasaran atau promosi jika anda telah bersetuju untuk menerima bahan tersebut.

7.2  Di mana anda telah memberi persetujuan anda, Chevron boleh menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan pemasaran dan promosi seperti ("Tujuan Pemasaran"):

  • Untuk menghantar alerts, surat berita, berita terkini, mel, bahan promosi, hak istimewa, salam perayaan daripada Chevron, rakan-rakan kongsinya, penaja atau pengiklan;
  • Untuk memberitahu dan menjemput anda ke acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Chevron, rakan-rakan kongsinya, penaja atau pengiklan;
  • Untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
  • Untuk berkongsi data peribadi anda dengan rakan-rakan kongsinya, pengiklan, syarikat acara atau penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka;
  • Di mana anda seorang pembeli hartanah atau aset dan di mana anda telah membuat permintaan, untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini mengenai jualan hartanah dan tender;
  • melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), melalui serahan tangan dan/atau melalui e-mel.

7.3  Jika anda tidak bersetuju (atau jika anda ingin menarik balik persetujuan yang telah diberi oleh anda) kepada Chevron untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan Pemasaran sila hubungi Penyelaras Pematuhan Chevron menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah. Chevron tidak akan mengenakan caj kepada anda atau dalam apa-apa cara merugikan anda jika anda membuat pilihan untuk memilih keluar daripada Tujuan Pemasaran.

8. Dengan siapakah Chevron berkongsi data anda?

8.1  Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan atau untuk Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, Chevron mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak Chevron, dan seterusnya boleh memberikan akses atau mendedahkan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut.

8.2 Pihak ketiga biasanya tergolong dalam kategori berikut:

  • pembekal perkhidmatan seperti kontraktor penyelenggaraan, pembekal perkhidmatan IT, syarikat pembekal perkhidmatan setiausaha, pentadbir gaji, agensi-agensi pemasaran perniagaan-ke-perniagaan dan pembekal perkhidmatan kurier;
  • pembekal perbankan dan kewangan kami;
  • penasihat profesional kami, termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, akauntan dan perunding;
  • rakan-rakan kongsi perniagaan dan promosi;
  • agensi-agensi pengutipan hutang jika anda ingkar dalam tanggungjawab kredit anda (di mana anda telah memohon untuk kemudahan kredit);
  • pihak kawal selia dan pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan;
  • agensi-agensi rujukan kredit (di mana anda telah memohon untuk kemudahan kredit);
  • syarikat-syarikat insurans;
  • agensi-agensi pemasaran, perhubungan awam, pengiklanan dan promosi perdagangan;
  • rakan-rakan kongsi pelaburan sosial kami (seperti pertubuhan bukan kerajaan);
  • tuan-tuan tanah dan pengurusan bangunan (untuk kakitangan bagi tujuan keselamatan tempat kerja);
  • penilai insurans;
  • pusat bil dan mel;
  • kontraktor penghantaran.

8.3 Chevron juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pelbagai jabatan dalam Chevron, dengan ibu pejabat Chevron di Amerika Syarikat dan dengan pejabat-pejabat serantau Chevron yang terletak di seluruh dunia.

9. Bilakah akan Chevron berkongsi maklumat?

9.1 Chevron secara umumnya hanya akan mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda sekiranya pendedahan tersebut perlu bagi tujuan di mana maklumat tersebut dikumpul. Disenaraikan di bawah adalah beberapa contoh di mana ia adalah perlu bagi Chevron mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga:

(a)  Dalam konteks penggajian:

  • Pengaturan gaji - Chevron menyediakan syarikat pemprosesan gaji luarannya dengan maklumat peribadi kakitangan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama kakitangan, alamat, butiran akaun bank, nombor fail cukai) bagi tujuan pengiraan gaji dan cukai yang perlu dibayar. Pengaturan insurans - Chevron menasihati syarikat insurans dengan butiran peribadi kakitangan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama kakitangan, alamat, laporan perubatan) bagi membolehkan syarikat insurans untuk memproses tuntutan perubatan, hospital, kecacatan dan kematian secara wajar.
  • Sistem pengambilan pekerja - Chevron memerlukan bakal kakitangan untuk melengkapi dokumentasi dan mengemukakan semakan untuk pra-penggajian, termasuk melengkapi borang permohonan, semakan rujukan, semakan kesihatan, ujian dadah dan semakan rekod jenayah pra-penggajian yang melibatkan pendedahan data peribadi kepada pelbagai pihak ketiga.
  • Pemantauan video - penasihat keselamatan/kontraktor luar mungkin melihat pita keselamatan yang telah direkodkan di tempat kerja.
  • Perubatan - Chevron mungkin, dengan persetujuan kakitangan, menyediakan doktor syarikat atau mana-mana pakar perubatan diupah oleh Chevron dengan rekod perubatan kakitangan bagi tujuan penggajian mereka dengan Chevron.
  • Pampasan pekerja - Chevron boleh mendedahkan rekod-rekod kakitangan (termasuk rekod perubatan kakitangan) kepada syarikat insurans dan ejen-ejen mereka untuk tujuan pemprosesan tuntutan.

(b)  Secara am dan dalam konteks komersial:

  • Semakan kredit pada pelanggan individu baharu dan pelanggan sedia ada - Chevron mungkin memberikan data peribadi yang perlu kepada agensi-agensi pelaporan kredit untuk menentukan kedudukan kewangan seseorang individu jika individu tersebut adalah pelanggan baharu atau pelanggan sedia ada.
  • Pertandingan - dalam beberapa kes Chevron menggunakan pihak ketiga untuk menjalankan pertandingan atau peraduan. Dalam keadaan sedemikian, melainkan jika diumumkan kepada peserta sebelum, atau pada masa menyertai pertandingan tersebut (biasanya dinyatakan dalam terma dan syarat pertandingan), apa-apa data peribadi yang dikumpulkan mengenai peserta akan dikembalikan kepada Chevron.
  • Fungsi pentadbiran - data peribadi mungkin dengan pelbagai jabatan dalam Chevron, dengan ibu pejabat Chevron di Amerika Syarikat dan dengan pejabat-pejabat serantau Chevron yang  terletak di seluruh dunia bagi fungsi-fungsi pentadbiran dalaman dan di mana terdapat pelayan yang dikongsi atau pusat-pusat data.

10. Bilakah Chevron akan memindahkan data peribadi anda ke luar negara?

10.1 Data peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia seperti kepada ibu pejabat Chevron yang terletak di Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan yang terletak di seluruh dunia dan kepada pusat-pusat data serantau Chevron, pelayan kredit dan perkhidmatan perkongsian yang terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan data peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

11. Bagaimanakah anda boleh mengakses data peribadi anda?

11.1 Jika anda ingin mengakses data peribadi anda yang dipegang oleh Chevron, sila membuat permintaan anda secara bertulis dan dengan jelas mengenal pasti data peribadi yang anda ingin akses. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat tersebut boleh didapatkan dengan cepat dan jimat kos. Semua permohonan untuk akses hendaklah dialamatkan kepada Penyelaras Pematuhan (lihat butiran hubungan di bawah).

11.2 Bergantung pada keadaan, Chevron berhak untuk mengenakan anda bayaran pentadbiran yang munasabah, dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang. Sebagai contoh, kos pentadbiran yang munasabah Chevron mungkin termasuk:

  • kos kakitangan yang munasabah untuk mencari dan mengumpul maklumat tersebut;
  • pengeluaran semula atau kos membuat salinan yang munasabah; dan
  • kos munasabah yang terlibat apabila seseorang menjelaskan maklumat tersebut kepada anda.11.3  In some instances as permitted under law, Chevron may not release the personal data, such as where the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to your or another person’s privacy.

12. Bagaimanakah jika data peribadi anda tidak tepat?

12.1 Chevron akan mengambil langkah yang munasabah untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat. Anda seharusnya menghubungi Chevron jika data peribadi anda berubah. Jika Chevron percaya bahawa ia tidak sesuai untuk memadam atau mengubah maklumat asal, Chevron akan berbincang dengan anda cara-cara alternatif untuk membetulkan maklumat yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak.

13. Bagaimanakah anda boleh membuat pertanyaan atau aduan?

13.1 Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan kepada Chevron mengenai pemprosesan data peribadi anda, sila berikan butiran penuh aduan anda secara bertulis dan hantar ke Penyelaras Pematuhan (lihat butiran hubungan di bawah).

14. Bagaimanakah perubahan kepada Notis ini diberitahu kepada anda? 

14.1 Chevron mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi Chevron dari semasa ke semasa untuk mengambil kira undang-undang dan teknologi terkini, perubahan kepada operasi dan amalan Chevron, dan perubahan persekitaran perniagaan. Versi terkini Notis ini akan terletak di intranet untuk kakitangan dan di http://www.caltex.com.my untuk pengguna luaran atau salinan boleh didapati dengan menghubungi Penyelaras Pematuhan. Chevron mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di http://www.caltex.com.my. Dengan terus berkomunikasi dengan Chevron, dengan terus menggunakan perkhidmatan Chevron, membeli produk daripada Chevron atau melalui penglibatan berterusan anda dengan Chevron berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan.

14.2 Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

15. Bagaimanakah untuk menghubungi kami?

15.1 Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai pendekatan Chevron kepada privasi atau bagaimana Chevron mengendalikan data peribadi anda, anda boleh menulis kepada:

Compliance Coordinator,
Chevron Malaysia Limited
Telefon: 603 2289 6688
E-mel: compliancecoordinator@chevron.com
Faks: 603 2289 6608

15.2 Anda mengakui bahawa penarikan balik persetujuan anda mungkin dalam sesetengah keadaan menyebabkan penamatan hubungan anda dengan Chevron dan bahawa Chevron masih mungkin mengekalkan hak undang-undang untuk memproses data peribadi anda berikutan penarikan balik persetujuan anda. 

16. Pengakuan dan Persetujuan

16.1 Anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan memberi persetujuan anda kepada pemprosesan data peribadi anda oleh Chevron seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis ini, sila hubungi Chevron menggunakan butiran hubungan di atas.