Caltex Mai Pakat Pam Promotion

Caltex Mai Pakat Pam Promotion

promotion

Good news for all northern region Caltex users!

Now you can win Samsung LED Curve TV 49’ when you pump at selected Caltex station. Just follow these 3 simple steps below :

 

Now what are you waiting for? Pump at Caltex station today! 

Valid: 3 November 2017 to 31 January 2018
Terms and conditions

1.Promosi ‘Mai Pakat Pam di Caltex’ ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Program LSM Caltex Wilayah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis) (“Penganjur”).

2. Promosi bermula pada 1 Oktober 2017 dan berakhir pada 31 Januari 2018.

3. Promosi ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Oktober 2017.

4. Kakitangan Penganjur termasuk syarikat induk atau gabungan, anak syarikat, pengedar, wakil jualan, peruncit dan agensi pengiklanan, promosi dan semua agensi perkhidmatan yang lain dan pembekal yang terlibat dengan promosi ini, serta ahli-ahli keluarga mereka yang terdekat (pasangan, ibu bapa, kanak-kanak, adik-beradik dan pasangan masing masing, tidak kira di mana mereka tinggal) adalah tidak layak untuk mengambil bahagian atau menang.

5. Promosi ini hanya ditawarkan di stesen Caltex yang mengambil bahagian di Wilayah Utara.

6. Untuk layak menyertai promosi ini,  pelanggan perlu membuat pembelian minima petrol RM50 atau diesel RM80 dan/atau barangan dari kedai serbaneka di dalam kombinasi maksima 2 resit pada hari yang sama.

7. Hadiah yang ditawarkan adalah Samsung LED Curve TV 49”, Samsung Galaxy J3 Pro LTE dan hadiah saguhati yang akan ditentukan kemudian.

8. Pelanggan yang menyertai hendaklah menyerahkan resit asal bersama borang penyertaan yang lengkap.

9. Tarikh keluaran yang dipamerkan di resit asal hendaklah di dalam tempoh promosi.

10. Seorang pemenang layak memenangi satu hadiah sahaja.

11. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau hadiah yang lain.

12. Pihak Penganjur berhak meminda syarat-syarat peraduan ini pada bila-bila masa, tanpa notis.

13. Pihak Penganjur juga berhak membatalkan penyertaan jika mengesyaki pelanggan memalsukan sebarang bentuk penyertaan pada bila-bila masa tanpa notis.

14. Dengan menyertai promosi ini, pelanggan telah bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dan memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi yang diberikan untuk tujuan promosi ini serta promosi yang akan datang.

15. Keputusan adalah muktamad.

16. Chevron Malaysia Limited, syarikat bersekutu, syarikat induk, anak anak syarikat, agensi pengiklanan dan promosi, dan semua pegawai, pengarah, kakitangan, wakil dan ejen masing-masing tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti di atas sebarang kecederaan kejadian yang tidak diingini atau kerosakan terhadap harta disebabkan penggunaan hadiah. Chevron tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun jika sebarang aduan, pertikaian, kerosakan atau kecacatan berlaku ke atas mana-mana hadiah.

17. Untuk pertanyaan lanjut, sila email ke maipakatpamdicaltex@gmail.com

 

Top