English | Bahasa Melayu

Soalan Lazim Kempen Kemasyarakatan
Caltex Fuel Your School 2012/2013

Apakah kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School?
Caltex Fuel Your School ialah kempen kemasyarakatan di mana Caltex akan menyumbang RM1 untuk setiap pembelian petrol bernilai RM40 atau lebih di stesen Caltex yang mengambil bahagian untuk membantu membiayai projek kelas yang layak pada Julai 2013. Sehingga RM210,000 dalam pembiayaan bahan akan diperuntukkan untuk Johor, dan RM105,000 akan diperuntukkan untuk Kedah. Program inovatif ini menawarkan cara yang mudah bagi penduduk di Johor dan Kedah untuk memberi sokongan secara langsung kepada sekolah awam tempatan. Caltex dan rangkaian stesen minyak runcitnya menghulurkan bantuan kewangan manakala MyKasih Foundation menyediakan kepakaran pembiayaan.

Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang bertujuan menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Dengan memanfaatkan teknologi MyKad, program bersepadu ini merangkumi program bantuan makanan, pendidikan, celik kewangan, pemeriksaan kesihatan dan latihan kemahiran. MyKasih membantu mengkaji dan meluluskan projek yang dikemukakan, membeli bahan setelah projek dibiayai sepenuhnya dan memastikan bahan dihantar ke kelas. MyKasih memantau perbelanjaan dan pengeluaran wang bagi memastikan semua dana digunakan khusus untuk tujuan yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mykasih.com.my.

Bagaimana kempen Caltex Fuel Your School dilaksanakan?
Dari 1 Julai hingga 31 Julai 2013, Caltex akan menderma RM1 untuk setiap pembelian petrol bernilai RM40 atau lebih di stesen Caltex yang mengambil bahagian, sehingga jumlah sumbangan maksimum RM315,000.

Sumbangan yang diperolehi menerusi kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School akan diagihkan untuk membantu membiayai projek kelas yang layak dari 1 Julai hingga 31 Julai 2013, atau sehingga jumlah maksimum RM210,000 di Johor dan RM105,000 di Kedah telah dicapai.

Kenapa Johor dan Kedah?
Berikutan kejayaan perintis Caltex Fuel Your School di Pulau Pinang pada Mac 2013, Caltex telah meluaskan jangkauan kempen kemasyarakatan ini ke komuniti lain di mana kami mempunyai rangkaian yang paling kuat.

Soalan Lazim Rakan dan Keluarga

Adakah saya memerlukan bukti pembelian petrol untuk memastikan projek dibiayai?
Tidak. Sumbangan RM1 bagi setiap pembelian petrol RM40 atau lebih akan berkuatkuasa secara automatik sebagai hasil daripada pembelian anda.

Bolehkah saya membiayai projek secara peribadi?
Ya, pengguna juga boleh membiayai projek kelas menerusi laman web MyKasih Foundation dengan membuat sumbangan peribadi secara berasingan. Pengguna tidak wajib atau tidak perlu berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, untuk dikira sebagai Dana Caltex Fuel Your School, anda perlu emel resit transaksi kepada CaltexFYS@mykasih.com dengan tajuk projek pilihan anda sebagai tajuk utama.

Bagaimana jika saya mengisi petrol kurang daripada RM40? Bolehkah saya menggabungkan pembelian?
Tidak, hanya pembelian petrol RM40 atau lebih pada satu masa diambil kira untuk membiayai Permohonan Projek Kelas yang telah diluluskan.

Adakah pembelian selain daripada petrol (barangan di kedai serbaneka, minyak pelincir) diambil kira untuk pembiayaan projek?
Tidak, hanya pembelian petrol bernilai RM40 atau lebih pada satu masa di stesen Caltex yang mengambil bahagian diambil kira untuk membiayai Permohonan Projek Kelas yang Layak yang telah diluluskan.

Bagaimana saya boleh mengambil bahagian dan untuk berapa lama?
Kempen kemasyarakatan ini akan bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 31 Julai 2013. Pengguna boleh menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan membuat pembelian petrol minimum RM40 di stesen Caltex berhampiran yang mengambil bahagian di Johor dan Kedah pada Julai 2013. Pertambahan jumlah lawatan boleh mendapatkan lebih banyak dana untuk sekolah awam tempatan anda.

Adakah semua stesen di Johor dan Kedah terlibat dalam promosi ini? Bagaimana saya boleh mendapatkan senarai stesen yang
mengambil bahagian?

Ya. Layari www.caltex.com.my/FuelYourSchool untuk mencari stesen Caltex berhampiran yang mengambil bahagian dengan menggunakan fungsi Caltex Station Finder.

Adakah sumbangan RM1 yang diperolehi menerusi pembelian petrol saya akan disumbangkan kepada sekolah/guru/kelas yang khusus?
Permohonan Projek Kelas yang Layak akan dibiayai berdasarkan kejayaan disenarai pendek oleh Caltex dan MyKasih Foundation dan juga populariti berdasarkan undian oleh pengikut laman Facebook Caltex Fuel Your School. Lihat Peraturan Rasmi Caltex Fuel Your School untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jika saya tidak mahu mengambil bahagian dalam promosi Caltex Fuel Your School? Adakah sumbangan daripada pengisian petrol saya akan digunakan juga?
Ya, Chevron akan menyumbang RM1 untuk setiap pembelian petrol bernilai RM40 atau lebih, sehingga sumbangan maksimum RM315,000, di semua stesen Caltex yang mengambil bahagian kepada MyKasih Foundation untuk membantu membiayai projek kelas yang layak untuk sekolah awam di Johor dan Kedah.

Anak-anak saya bersekolah di rumah. Bolehkah saya memohon untuk mengambil kesempatan daripada kempen ini?
Tidak, kempen ini hanya untuk sekolah rendah awam dan sekolah menengah awam di Johor dan Kedah.

Adakah sumbangan RM1 yang diperolehi daripada pembelian petrol saya disumbangkan kepada sekolah swasta?
Tidak, hanya sekolah rendah awam dan sekolah menengah awam di Johor dan Kedah layak menerima pembiayaan bahan-bahan.

Jiran/rakan saya ialah seorang guru. Bagaimana beliau boleh memanfaatkan daripada kempen kemasyarakatan ini?
Layari www.caltex.com.my/FuelYourSchool untuk maklumat lanjut mengenai prosedur penghantaran projek dan terma dan syarat kempen kemasyarakatan.

Pendidik

Bagaimana kempen Caltex Fuel Your School boleh dimanfaatkan oleh kumpulan pendidik?
Kempen Caltex Fuel Your School ialah kempen kemasyarakatan yang membiayai bahan-bahan untuk projek kelas sehingga RM5,000 untuk setiap pendidik bagi sekolah tempatan yang layak di Johor dan Kedah. Pembiayaan diberikan kepada projek yang memberi tumpuan kepada Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik ("STEM"), tertakluk kepada terma dan syarat kempen Caltex Fuel Your School.

Siapakah yang layak mengemukakan projek Caltex Fuel Your School?
Pendidik sepenuh masa yang menghabiskan sekurang-kurangnya 75% daripada masa bekerja secara langsung dengan pelajar – tidak semestinya terhad kepada satu kelas – di sekolah rendah awam dan sekolah menengah awam yang layak di Johor dan Kedah (guru kelas, guru mata pelajaran, pustakawan, dll). Para pentadbir, pendidik sambilan, pembantu atau guru pelatih dan sukarelawan tidak layak untuk mengemukakan cadangan. Pendidik mesti mengemukakan permohonan projek kelas masing-masing menerusi www.caltex.com.my/FuelYourSchool. Hanya satu permohonan projek kelas bagi setiap pendidik akan layak untuk menerima pembiayaan.

Saya seorang guru mata pelajaran dan mengajar beberapa kelas. Bagaimana saya boleh mengambil bahagian?
Daripada kesemua kelas anda, fikirkan tentang pelajar yang akan mendapat manfaat daripada projek kelas yang anda cadangkan dan bahan-bahan yang diminta. Sertakan penerangan tentang kelas dalam penyerahan cadangan projek anda. Anda boleh memasukkan jumlah keseluruhan pelajar kerana setiap pelajar akan dapat mengambil bahagian dalam projek kelas yang anda cadangkan.

Bagaimana saya boleh mengemukakan projek?
Mulai 18 Mei 2013, pendidik yang layak boleh mengemukakan cadangan projek mereka menerusi www.caltex.com.my/FuelYourSchool.

Bilakah saya patut mengemukakan projek saya?
Tempoh Penghantaran Projek akan bermula pada jam 12:00:01 pagi pada 18 Mei 2013 dan dijadualkan berakhir pada jam 11:59:59 malam pada 18 Julai 2013. Walau bagaimanapun, Chevron Malaysia Limited berhak untuk melanjutkan atau menamatkan Tempoh Penghantaran Projek tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Adalah lebih baik untuk menghantar cadangan anda lebih awal untuk menangani sebarang masalah teknikal yang mungkin ada hadapi. Sekiranya perkara ini berlaku, sila emel kepada CaltexFYS@chevron.com. Untuk mengelakkan kekecewaan, sila baca Peraturan Rasmi dan Soalan dengan teliti.

Berapa banyak projek yang boleh saya hantar?
Hanya satu Permohonan Projek Kelas bagi setiap pendidik untuk setiap alamat emel akan dibenarkan untuk menerima pembiayaan bahan-bahan sehingga RM5,000 dalam tempoh kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School. Permohonan projek kelas berganda yang diterima daripada mana-mana pendidik atau alamat emel selepas Permohonan Projek Kelas yang pertama telah diterima daripada pendidik atau alamat emel tersebut akan menjadi tidak sah. Sekiranya anda melakukan kesilapan atau ingin mengemaskini cadangan yang telah dikemukakan, sila hantar emel sebelum tarikh tutup kepada CaltexFYS@chevron.com.

Berapa banyak projek yang boleh dihantar oleh sekolah saya?
Seberapa banyak yang sekolah anda boleh! Walau bagaimanapun, hanya satu Permohonan Projek Kelas bagi setiap Pendidik akan dibenarkan untuk menerima pembiayaan bahan-bahan sehingga RM5,000 dalam tempoh kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School.

Apakah jenis projek yang akan menerima pembiayaan Caltex Fuel Your School?
Walaupun projek berkaitan dengan Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik yang memohon pembiayaan untuk keperluan bahan bernilai sehingga RM5,000 akan diberi keutamaan, subjek lain juga layak untuk menyertai. Lawatan sambil belajar tidak layak menerima pembiayaan di bawah kempen kemasyarakatan ini.

Kenapa saya memerlukan akaun Facebook?
Peserta Yang Layak Mengemukakan Projek mesti mempunyai keahlian Facebook yang sah, dan klik “like” Caltex Malaysia dan Laman Aplikasi Facebook Caltex Fuel Your School untuk menerima kemaskini berkaitan daripada pasukan Caltex Fuel Your School. Sekiranya projek anda disenarai pendek, anda juga akan dapat mempromosikan projek kelas masing-masing bagi meningkatkan peluang anda untuk menerima pembiayaan.

Bagaimana projek tersebut dipaparkan dalam Aplikasi Facebook Caltex Fuel Your School?
Permohonan projek yang telah disenarai pendek akan dipaparkan di laman Aplikasi Facebook Caltex Fuel Your School mengikut susunan yang telah disenaraikan oleh Hakim pada jam 00:00:01 pagi pada 1 Julai 2013 hingga 11:59:59 malam pada 31 Julai 2013.

Bagaimana projek yang disenarai pendek akan dibiayai?
Projek akan diberikan pembiayaan berdasarkan bilangan "Like" tertinggi daripada peminat di laman Caltex Fuel Your School yang diterima menjelang 11:59:59 malam pada Hari Penganugerahan sehingga maksima RM105,000 bagi setiap Hari Penganugerahan atau sehingga Dana Caltex Fuel Your School habis diperuntukkan. Hari Penganugerahan 2013 bagi Johor dan Kedah ialah pada 11 Julai, 18 Julai dan 25 Julai melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Chevron Malaysia Limited.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang dana terus kepada projek yang mereka minati menerusi laman web MyKasih Foundation, iaitu www.mykasih.com.my. Penyumbang mesti menghantar emel resit transaksi kepada CaltexFYS@mykasih.com dengan tajuk projek pilihan sebagai tajuk utama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pusingan Bonus?
Sementara menunggu adanya lebihan dana kemasyarakatan, Hari Penganugerahan Pusingan Bonus akan diadakan pada 31 Julai 2013. Projek akan dibiayai berdasarkan pada faktor gabungan bilangan "Like" tertinggi daripada peminat di laman Caltex Fuel Your School yang diterima menjelang 11:59:59 malam pada 31 Julai 2013 dan jumlah pembiayaan bahan-bahan terendah yang diminta. Baca Peraturan Rasmi untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya menggalakkan guru-guru lain untuk turut serta?
Ya! Kami mengalu-alukan anda menjemput seberapa ramai guru yang layak untuk turut serta. Cara yang pantas dan mudah untuk menguar-uarkan kempen ini ialah dengan menghantar pautan www.caltex.com/FuelYourSchool kepada rakan anda dan menggalakkan mereka untuk klik "like" di laman Facebook Caltex Malaysia.

Apakah kriteria penyertaan dan pengadilan bagi kempen Caltex Fuel Your School?
Penyertaan harus menghuraikan bagaimana bahan yang diminta dapat menyokong pendidikan STEM. Penyertaan hendaklah ditulis dengan jelas (Nota: Jangan hantar permohonan menggunakan tulisan HURUF BESAR kesemuanya!) untuk menunjukkan bagaimana bahan projek yang diminta akan digunakan secara kreatif dan inovatif di dalam kelas. Dana akan diberikan berdasarkan keputusan panel hakim yang akan mempertimbangkan pelbagai ciri yang menyokong STEM, termasuk bagaimana projek kelas menggalakkan pengalaman pembelajaran secara langsung, bagaimana projek kelas menyokong kurikulum kelas dan objektif kursus yang sedia ada, dan jika bahan projek kelas yang diperlukan boleh digunakan lebih daripada sekali.

Apakah syarat-syarat permohonan?
Baca Peraturan Rasmi. Ingat:
• Kandungan bertulis semua Permohonan Projek Kelas yang dikemukakan menjadi hak milik tunggal Chevron Malaysia Limited.
• Dengan mengemukakan projek anda untuk pertimbangan pembiayaan ini, anda bersetuju untuk berkongsi maklumat hubungan dengan Chevron untuk digunakan dalam komunikasi tentang kempen Caltex Fuel Your School.
• Dengan mengemukakan projek anda dan/atau menerima mana-mana pembiayaan, anda bersetuju dengan Peraturan Rasmi yang mengawal kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School ini dan membenarkan Chevron Malaysia Limited untuk menggunakan nama dan persamaan dan nama sekolah anda dalam mana-mana bahan promosi Chevron.
• Chevron Malaysia Limited berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang tidak mematuhi Peraturan Rasmi Caltex Fuel Your School. Pihak yang meluluskan, mengesahkan dan memberi kebenaran kepada penyerahan cadangan oleh Peserta Yang Layak Mengemukakan Projek juga dianggap peserta.
• Keputusan Chevron adalah muktamad dan mengikat dalam semua perkara berkaitan kempen Caltex Fuel Your School.

Bagaimana proses pengadilan dilaksanakan?
Semua Permohonan Projek Kelas yang dikemukakan bagi kempen Caltex Fuel Your School akan dinilai oleh panel hakim. Mereka terdiri daripada kakitangan Chevron yang berkelayakan dan wakil yang dipilih oleh Chevron atas budi bicara mutlaknya daripada kalangan pertubuhan bukan mencari untung yang mengkhusus dalam bidang pendidikan dan individu lain yang berkelayakan termasuk kakitangan MyKasih Foundation yang akan memberi markah kepada penyertaan berdasarkan kriteria di bawah. Penyertaan dengan markah terkumpul paling tinggi akan dipaparkan di laman Aplikasi Facebook Caltex Fuel Your School. Hakim akan memberi markah berdasarkan kriteria berikut (iaitu setiap satu aspek di bawah harus menunjukkan bagaimana ia menyokong Pendidikan STEM):
• Sehingga 30 markah akan diberikan untuk penyertaan yang menunjukkan penggunaan kreatif dan inovatif bahan projek yang diminta
• Sehingga 30 markah akan diberikan untuk penyertaan yang menggalakkan pengalaman pembelajaran secara langsung di dalam kelas
• Sehingga 20 markah akan diberikan untuk penyertaan yang menyokong kurikulum kelas dan objektif kursus yang sedia ada
• Sehingga 20 markah akan diberikan untuk penyertaan yang menunjukkan bahawa bahan projek boleh digunakan lebih daripada sekali

Bagaimana peserta (pemenang dan bukan pemenang) akan dimaklumkan?
Semua peserta akan dimaklumkan menerusi e-mel selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2013, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Siapakah yang patut saya hubungi mengenai soalan berkaitan Caltex Fuel Your School?
Hantarkan semua pertanyaan projek kelas ke (CaltexFYS@chevron.com). Peraturan rasmi program boleh didapati di www.caltex.com.my/FuelYourSchool

Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peluang projek saya untuk disenarai pendek?
Projek akan dinilai oleh Chevron dan rakan MyKasih Foundation, di mana penyertaan disenarai pendek berdasarkan kreativiti dan jenis bahan yang diminta yang menyokong pendidikan STEM.

Segala sumber yang diminta mesti digunakan oleh pelajar atau memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar. Projek tidak boleh menggalakkan diskriminasi, dan seharusnya sesuai untuk sekolah anda. Permintaan untuk tenaga buruh, penambahbaikan modal atau pembelian kenderaan tidak akan dilayan.

Pastikan projek mempunyai tajuk yang menarik, dan karangan mempunyai ayat pertama yang menambat perhatian. Pastikan kos projek tidak melebihi RM5,000. Luahkan isi hati apabila menulis karangan dan pastikan pelajar anda boleh menulis surat terima kasih secara ikhlas. Semak penyertaan untuk memastikan ketepatan ejaan dan tatabahasa sebelum menghantar.

Bilakah saya akan dimaklumkan jika saya disenarai pendek?
Peserta Projek Kelas yang telah disenarai pendek akan dimaklumkan menerusi e-mel selewat-lewatnya pada 24 Jun 2013. Peserta tersebut mesti memberi maklumbalas dalam masa tiga (3) hari untuk terus layak dipaparkan di laman Caltex Fuel Your School di Facebook.

Saya sering mendapat mesej daripada CaltexFYS@chevron.com DAN CaltexFYS@mykasih.com. Adakah itu betul?
Ya! Pastikan anda mempunyai kedua-dua alamat emel dalam senarai anda untuk memastikan anda mendapat semua kemaskini yang berkenaan, dan mampu untuk berkomunikasi dengan kami tepat pada masanya.

Projek saya telah disenarai pendek. Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan peluang projek saya dibiayai?
Mulakan promosi projek anda! Mohon semua ahli keluarga, rakan, pelajar, guru dan ibu bapa yang anda kenal untuk klik “Like” projek anda dalam Aplikasi Facebook Caltex Fuel Your School. Anda juga boleh memasukkan video YouTube projek kelas yang anda cadangkan, dan paparkan pada laman Facebook Caltex Malaysia untuk menarik penyokong berpotensi. Caltex berhak untuk mengeluarkan mana-mana video yang difikirkan tidak sesuai untuk dipaparkan di laman Facebook.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada projek saya dibiayai sepenuhnya?
Peserta yang mengemukakan projek yang diberikan pembiayaan penuh akan dimaklumkan menerusi e-mel. Peserta tersebut mesti menjawab e-mel dalam masa tiga (3) hari, dengan memberi pengesahan bahawa alamat sekolah dan senarai barangan adalah terkini; berjanji untuk menghantar pakej THANKS! dalam masa tiga (3) hari selepas penerimaan barangan pemberian; berjanji untuk menyiarkan pengumuman berita baik menerusi laman Facebook Caltex Fuel Your School.

Bagaimana jika keperluan projek saya telah berubah?
Kempen Caltex Fuel Your School hanya memenuhi keperluan projek yang telah dikemukakan untuk menjamin ketelusan dan keadilan. Caltex Fuel Your School tidak akan membenarkan pertukaran dan/atau pemulangan barangan yang diterima. Untuk mengelakkan kekecewaan, sentiasa semak keperluan anda dan berikan maklumat tepat tentang barangan yang diperlukan dan vendor yang menjadi pilihan.

Pengecualian: Barangan yang diterima mungkin berbeza daripada barangan yang diminta dalam projek. Jika barangan yang anda minta tidak boleh didapati lagi, Caltex Fuel Your School akan menghubungi anda untuk memilih barangan gantian yang masih memenuhi matlamat projek anda.

Bagaimana jika saya tidak lagi memerlukan pembiayaan?
Jika projek telah disenarai pendek, Pendidik mesti menghubungi Caltex Fuel Your School dengan kadar segera bagi mengeluarkan penyertaan mereka daripada laman Facebook Caltex Fuel Your School.

Apakah langkah seterusnya selepas barangan dihantar ke sekolah saya?
Barangan akan dihantar ke sekolah anda dan diletakkan di bawah jagaan pengetua anda. Anda akan menerima e-mel yang menjelaskan cara melengkapkan pakej THANKS! anda, bersama slip kebenaran bagi ibu bapa memberikan kelulusan untuk mengambil gambar anak mereka sedang menggunakan bahan tersebut; dengan ketetapan untuk mengambil LIMA gambar digital barangan anda yang digunakan di dalam kelas; dan menulis surat ringkas di laman web Caltex Fuel Your School tentang kesan projek yang dibiayai kepada kelas anda. Anda juga perlu membantu pelajar untuk menulis nota terima kasih kepada setiap penderma, yang perlu diposkan kepada Caltex Fuel Your School.

Apakah maksud pakej "THANKS!"?
Pakej THANKS! memberi peluang kepada anda merakamkan penghargaan kepada penderma atas sumbangan mereka kepada kelas anda. Pakej ini merangkumi:
• Surat Impak Guru: pesanan peribadi yang menyatakan penghargaan anda kepada penderma dan menerangkan bagaimana sumber yang dibiayai ini telah membantu kelas anda. Anda perlu mengemukakan pesanan impak 100 perkataan terus ke laman web Caltex Fuel Your School.
• Nota terima kasih pelajar: Nota terima kasih yang kreatif sama ada secara bertulis/dilukis oleh pelajar anda yang menunjukkan penghargaan mereka, untuk dihantar secara pos kepada Caltex Fuel Your School. Nota terima kasih ini akan dihantar kepada penderma yang berkenaan.
• Gambar: LIMA gambar digital resolusi tinggi memaparkan anda dan pelajar anda menggunakan bahan di dalam kelas anda. Gambar ini akan dipaparkan bersama projek anda di laman Facebook Caltex Fuel Your School.
• Peringatan: JANGAN lewat menghantar pakej THANKS!.

Apakah garis panduan bagi nota terima kasih pelajar?
• Tulis tiga surat untuk setiap penderma
• Alamat setiap penderma
• Nyatakan sumber khusus yang dibiayai
• Semak surat untuk memastikan ia tidak mengandungi nama penuh pelajar, alamat sekolah atau kandungan yang tidak sesuai
• Jangan hantar bahan media seperti CD, DVD, dll
• Jika anda mempunyai lebih daripada satu penderma, asingkan surat untuk penderma berbeza menggunakan klip kertas dan hantarkan kesemuanya dalam satu sampul surat prabayar Caltex Fuel Your School.

Gambar apakah yang patut dimuat naik dalam pakej 'THANKS!' ?
Gambar yang menarik seharusnya menunjukkan keseluruhan kelas atau kumpulan kecil pelajar menggunakan bahan projek (sekurang-kurangnya dua pelajar bagi setiap gambar, atau pelajar memegang tanda menyatakan terima kasih). Pastikan gambar diambil dengan kamera dan flash untuk hasil yang terbaik.

Jika terdapat halangan daripada sekolah atau kesukaran mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, anda masih boleh menghantar gambar yang tidak menunjukkan gambar pelajar, atau hasil akhir yang dicapai dengan barangan yang dibiayai.

Atas sebab privasi/keselamatan, jangan paparkan gambar yang diambil dari jarak dekat mana-mana pelajar atau yang menunjukkan nama penuh pelajar anda. Jangan hantarkan tajuk yang tidak sesuai.

Saya tidak boleh mengemukakan pakej THANKS! tepat pada masanya. Apakah yang patut saya lakukan?
Hubungi pasukan Caltex Fuel Your School secepat mungkin. Pakej THANKS! anda digunakan untuk memastikan penderma dan penyokong anda bahawa sumbangan mereka telah memberi kesan kepada kelas anda. Ia juga memberi inspirasi kepada penyokong untuk memberi sokongan kepada projek kelas yang lain.

Bolehkah anda membantu saya mendapatkan pengesahan daripada penyelia/pengetua/ahli PIBG untuk projek kelas saya?
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendapatkan semua kelulusan yang sesuai, pengesahan dan kebenaran daripada pihak yang berkaitan bagi tujuan mengambil bahagian dalam Caltex Fuel Your School. Anda juga bertanggungjawab untuk memaklumkan pihak-pihak berkenaan sekiranya projek anda diberi ganjaran, dan untuk memudahkan penyelarasan penerimaan bahan-bahan pembiayaan. Semua pihak yang meluluskan, mengesahkan atau memberi kebenaran kepada penyerahan cadangan anda juga akan terikat kepada terma dan syarat kempen kemasyarakatan Caltex Fuel Your School.

Siapakah pemilik bahan-bahan projek kelas?
Bahan-bahan yang dibiayai menerusi Dana Caltex Fuel Your School akan menjadi hak milik kelas yang menang yang akan digunakan untuk tujuan di mana ia telah dibeli. Pemenang mestilah mematuhi dasar-dasar Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah mereka mengenai kelulusan, dokumentasi atau pengesanan barangan yang disumbangkan. Walau bagaimanapun, Chevron akan berusaha untuk memberi sokongan di mana mungkin dalam kes-kes di mana Pemenang dinafikan akses kepada bahan-bahan yang telah dihantar untuk beliau / kelasnya. Sekiranya Pemenang tidak dibenarkan untuk menerima atau menggunakan bahan-bahan untuk apa-apa sebab sekalipun, bahan-bahan tersebut mestilah dikembalikan kepada Chevron atas permintaan Chevron, dan Chevron berhak untuk mengemukakan bahan-bahan tersebut untuk kepentingan satu lagi Projek Kelas Yang Layak di Johor atau Kedah.

Adakah saya atau pelajar saya akan mendapat apa-apa pengakuan penyertaan?
Ya! Semua peserta yang berjaya akan mendapat sijil penyertaan Caltex Fuel Your School. Hanya pelajar projek kelas yang menang akan mendapat sijil penyertaan yang akan diedarkan oleh Pemenang.

Apakah yang berlaku selepas saya menerima bahan tersebut dan telah menghantar Pakej THANKS! saya?
Pembelajaran bermula! Dalam cadangan projek kelas anda, anda tentu telah bersetuju untuk mengukur kemajuan pelajar anda dalam masa yang ditetapkan. Audit berkala akan dijalankan oleh pasukan Caltex Fuel Your School untuk memeriksa kemajuan kelas anda, dan mengesahkan bahawa bahan-bahan yang disumbangkan sedang digunakan untuk tujuan di mana ia telah dibeli.

Bilakah majlis penyampaian akan berlangsung?
Majlis penyampaian akan berlangsung dalam bulan Ogos 2013 di tempat yang akan ditentukan kelak.

Bagaimana MyKasih Foundation terlibat dengan Caltex Fuel Your School?
MyKasih Foundation membantu mengkaji dan meluluskan projek yang dikemukakan, membeli bahan-bahan apabila projek dibiayai sepenuhnya dan memastikan bahawa bahan-bahan dihantar ke kelas. MyKasih menyelia semua perbelanjaan dan pengeluaran wang untuk memastikan semua dana dan bahan-bahan yang digunakan khusus untuk tujuan yang dimaksudkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mykasih.com.my.

Bagaimana jika saya mempunyai soalan umum mengenai MyKasih Foundation?
Layari www.mykasih.com.my untuk maklumat lanjut. Selain itu, anda boleh emel kepada caltexfys@mykasih.com.

Bolehkah saya mengemukakan cadangan projek kelas di mana projek itu sudah bermula atau adakah ia semestinya satu projek yang baru?
Ya, anda boleh mengemukakan cadangan projek kelas yang sedang dijalankan, selagi anda boleh menerangkan bagaimana bahan projek Caltex Fuel Your School ini boleh membantu meningkatkan prestasi projek.

Untuk Penderma

Bagaimana saya tahu jika sumbangan saya secara langsung akan membiayai projek yang saya pilih?
MyKasih Foundation menggunakan proses berteknologi canggih yang cekap, terjamin dan telus. Sistem berkomputer ini membolehkan MyKasih menyediakan jejak audit dan laporan perbelanjaan projek yang membolehkan penderma menjejak sumbangan masing-masing.

Apa yang berlaku kepada sumbangan saya jika projek itu tidak diberikan pembiayaan penuh?
Caltex Fuel Your School hanya akan membeli barangan untuk projek terpilih pada Hari Penganugerahan atau setelah menerima pembiayaan penuh penderma. Jika dana separa diterima, penyumbang akan dihubungi untuk menentukan sama ada mereka mahu membuat sumbangan am kepada MyKasih Foundation, atau memilih projek alternatif untuk dibiayai.

Nota: Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu bagi peraturan-peraturan ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.