Terms & Conditions

  • Peraduan in dianjurkan oleh Chevron Malaysia Limited (9923309-U) (“CML”) dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia kecuali kakitangan CML wakil dan/atau agen (termasuk agensi pengiklanan, pengurusan peraduan atau majlis) untuk CML serta ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, ibubapa, anak-anak, abang, kakak atau adik).


  • Peraduan bermula pada 9hb Jun 2008 dan tamat 7hb September 2008. CML berhak untuk membuat pindaan kepada tempoh peraduan pada bila bila masa.


  • Peraduan ini sah untuk pembelian “Caltex with Techron®” Gold atau Silver bernilai RM40 atau lebih di dalam dalam satu atau resit asal terkumpul.


  • Semua resit yang disertakan mesti mempunyai tarikh keluaran sewaktu tempoh peraduan dan semua penyertaan yang diterima di luar tempoh ataupun dengan resit yang dikeluarkan di luar tempoh, akan dibatalkan.


  • Hanya peserta yang menyerahkan resit asal bersama borang penyertaan yang lengkap sepenuhnya dengan jawapan yang betul akan layak dipilih berdasarkan kaedah yang ditentukan terlebih dahulu.


  • Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas, lewat dan/atau tanpa resit asal pembelian akan terbatal secara automatik.


  • Salinan fotokopi atau cetakan borang penyertaan dari laman web kami, www.caltex.com.my diterima dengan syarat semua borang diisikan berasingan dan bertulisan asal serta dicop dengan cop stesen di mana pembelian dibuat.


  • Pemilihan pemenang peraduan peringkat nasional dibuat melalui kelompok yang layak melalui dan memenuhi syarat jawapan tepat, penyertaan resit asal, butiran lengkap dan sistem komputer.


  • Hadiah hadiah peraduan dibahagikan kepada 2 (dua) kategori : Hadiah-hadiah utama untuk peraduan peringkat nasional sebanyak 220 dan 400 hadiah-hadiah lain di setiap stesen untuk peraduan stesen-stesen.


  • Pemilihan pemenang peraduan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Pengesahan keputusan peraduan peringkat nasional akan diperolehi melalui juruaudit luaran.


  • Seorang pemenang layak memenangi hadiah lebih daripada sekali bagi hadiah-hadiah stesen dan hanya satu hadiah bagi utama peringkat nasional.


  • Semua pemenang bagi hadiah hadiah stesen akan dihubungi melalui panggilan telefon oleh pihak stesen dan juga boleh diperolehi sendiri di stesen di mana borang peraduan diserahkan.


  • Semua pemenang bagi hadiah peringkat nasional akan dihubungi melalui pos dan keputusan peraduan akan di paparkan melalui laman web CML di www.caltex.com.my dan/atau melalui surat khabar.


  • CML berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya pada bila bila tanpa sebarang notis .


  • Semua hadiah diberikan berdasarkan “kedaaan sedia ada” dan tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar untuk barangan tunai, kredit secara bahagian atau sepenuhnya.


  • Dengan menyertai promosi ini, peserta telah bersetuju untuk menerima pengumuman promosi and pemasaran CML dan terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan.


  • CML berhak untuk menerbit atau mempamerkan nama, gambar, nombor pengenalan, dan alamat pemenang peraduan untuk tujuan pengiklanan, dan publisiti. Dengan menyertai peraduan ini, pemenang peraduan dengan ini bersetuju mengizikan CML untuk menerbit nama, gambar nombor pengenalan dan alamat pemenang peraduan secara bebas untuk tujuan pengumuman, pengiklanan dan publisiti.


  • Semua kos pengambilan hadiah-hadiah peringkat stesen akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang dan hadiah hendaklah ditebus 14 hari bagi hadiah hadiah stesen dan 30 hari bagi hadiah hadiah utama peringkat nasional dari notis pemberitahuan, sekiranya gagal, pemenangan hadiah tersebut akan dibatalkan.


  • Para pemenang akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kejadian tidak dingini, kecederaan, kematian, kerosakan, kehilangan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam peraduan ini, penebusan dan/atau pengunaaan hadiah hadiah. CML tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang liabiliti, kemalangan, kejadian tidak dingini, kecederaan, kematian, kerosakan, kehilangan atau tuntutan dalam apa-apa kedaan sekalipun.


  • CML dan/atau melalui stesen stesen Caltex berhak untuk meminda syarat syarat peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis dan segala terma dan syarat adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.


  • Promosi hanya sah di stesen – stesen Caltex yang terlibat.


  • Untuk pertanyaan lain, sila hubungi kami di 1-300-88-3169